CARA ATASI MASALAH LAPTOP / KOMPUTER ‘OVERHEAT’
.
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
.
Penyelesaian:
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
.
Semoga kongsian ini bermanfaat, Jika ada sebarang pertanyaan boleh Call kami.
Ketahui Tentang Komputer Anda!
Overheating?

Performance Tip-Top!

Macam Mana Nak Kekalkan ‘Performance’ Komputer & Laptop Supaya Sentiasa Tip Top.
.
Jika kau ingin tahu, sebenarnya penjagaan komputer ini tidak la susah mana. Ada beberapa perkara sahaja yang kau perlu beri perhatian terhadap komputer agar performance nya sentiasa tip top. 4 Aspek Ini Perlu Selalu Dijaga.
.
1. Pembersihan Habuk.
Habuk ni pemusnah utama prestasi sesebuah komputer. Kalau komputer anda dah macam sarang tikus habuknya, tidak pernah servis walaupun sudah 10-15 tahun, processor anda akan mengeluarkan haba yang lebih panas daripada biasa kerana kipas cooler processor akan berputar perlahan.
Apabila itu berlaku, maka komponen seperti processor akan overheat. Apabila overheat, ianya sedikit sebanyak akan effect pada prestasi komputer. Solusinya, Bila komputer sudah berhabuk, bersihkan segala kekotoran yang terkumpul.
.
2. Penggantian Thermal paste.
Thermal paste ini liquid yang diletak atas processor. Tujuannya adalah untuk menyejukkan processor komputer kita. Sekarang ini sudah ada 2 jenis thermal paste, satu jenis liquid, dan satu lagi jenis seperti getah. Thermal paste ini eloknya setahun sekali anda kena tukar sebab apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan suhu processor akan meningkat.
.
3. Air Flow Management (Sistem Saliran Udara).
Di dalam sebuah rumah, aliran udara atau air flow sangat penting untuk mengekalkan suhu rumah di dalam keadaan dingin. Apabila sebuah rumah tidak mempunyai air flow yang bagus, bila panas terik sahaja, sudah pasti di dalam rumah akan terasa bahang cahaya matahari. Begitulah juga dengan komputer.
.
4. Susun File.
Haa.. yang ni kami nak tegur sikit. Kebanyakan customer yang kami jumpa, boleh kata ramai yang letak file-file mereka ni di Desktop. Adakalanya sampai penuh dekat desktop tu sehingga tak nampak ruang kosong langsung. Apabila anda letak semua file di Desktop, secara tak langsung, anda memberatkan komputer untuk load semua file tu ketika proses “Booting Windows.”
Kami lebih sarankan supaya file-file yang ada di transfer ke partition lain dengan tujuan tidak mengganggu Windows Partition. Walau bagaimanapun, itu hanya pendapat kami. Terpulang la anda nak ikut atau tak.
.
Semoga kongsian ini bermanfaat, Jika ada sebarang pertanyaan boleh Call kami.
Ambil Tahu Tentang RAM Anda

Laptop Lembab dan Bermasalah

.
Bayangkan, Tengah syok layan K-Drama tiba-tiba AUTO SHUTDOWN! EEE SAKITNYA HATI!
Lagi bahaya, Masa nak save Assignment atau tgh buat keje.. Sekali dia HANG dan TAK BOLEH SAVE!
.
Jangan risau Liger Zero Computer boleh bantu. Hantar kepada kami untuk kami buat pemeriksaan secara PERCUMA!!
Di Liger Zero Computer Service Centre kami menyediakan perkhidmatan membaiki laptop/komputer.
.
ANTARA SERVIS YANG KAMI SEDIAKAN:
1. Format Laptop / PC
2. Cleaning Fan Laptop
3. Tukar screen pecah
4. Tukar harddisk rosak
5. Tukar keyboard rosak
6. Jual charger baru
7. Jual Bateri baru
8. Antivirus
9. Upgrade Ram
10. Upgrade SSD
11. Repair Casing Laptop
12. Repair motherboard rosak / xleh on / xde display
.
Sape2 ada laptop@pc nak repair atau servis. Jom whatsapp kami sekarang!
.
Masalah Ransomware

Masalah Motherboard Rosak

.
Motherboard merupakan komponen penting untuk sebuah laptop. Jika motherboard rosak kos untuk repair agak mahal berbanding repair komponen lain.Sebelum repair motherboard rosak, anda perlu tahu tanda-tanda motherboard rosak.
1. Semasa ON laptop, screen no display. Try connection dengan external monitor pun tiada display yang keluar.
2. Tekan button ON banyak kali pun lampu still tak menyala. (No Power)
3. Try cucuk adapter kat laptop pun,indicator masih tak menyala walaupun adapter baru.(Cannot On)
4. Laptop selalu berlaku Autoshutdown atau Autorestart.
5. Boleh On tapi paparan display yg dikeluarkan macam rosak or colour display macam tidak betul.
.
PUNCA MOTHERBOARD BOLEH ROSAK?
• Habuk tebal pada kipas laptop
• Thermal Paste kering.
.
Jika tertumpah air pada laptop ia juga boleh merosakan motherboard dan komponen lain-lain. Tetapi kebiasannya terjadi masalah motherboard rosak disebabkan overheat, dimana aliran udara tidak dapat keluar masuk secara efisien sehingga boleh merosakan laptop anda.
.
Jika anda tidak mahu Masalah Motherboard Rosak ini berlaku pada laptop anda. Anda perlu menghantar atau membuat service laptop dengan segera sebelum masalah motherboard rosak terjadi pada laptop anda.
.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh Call kami.
Fake Virus & Malware Warning

Semasa anda sedang menggunakan komputer sambil melayari “internet”, ada kemungkinan anda akan hadapi situasi dimana keluar paparan amaran komputer anda dijangkiti virus @ malware. Ia nampak genuine tetapi sebenarnya tidak.
.
Mesej-mesej amaran anti-malware ini dinamakan “scareware”, direka untuk menakut-nakutkan anda supaya memasang perisian anti-malware palsu yang sebenarnya malware dalam penyamaran.
.
1. Website Advertisement (iklan)
Dahulu iklan adalah amat mudah, dan senang untuk di bezakan, nampak menarik dan mudah difahami. Pada masa kini hampir mustahil untuk membezakan antara kandungan tulen atau iklan dan apabila anda “apply” konteks tersebut merupakan malware.
.
2. Browser Pop-up
Iklan banner diakui easy to notice & avoid,tetapi terdapat satu bentuk iklan yang lebih meyakinkan. Pop-up ini menyerupai amaran sebenar dari perisian anti malware sebenar. Apa yang lebih teruk adalah “pop up” ini sering menyamar dengan butang “X”, supaya jika klik butang “X” palsu ( untuk menutup “pop up” ia dikira seperti anda mengklik iklan itu sendiri.
.
3. System Tray notification
Satu bentuk yang jarang ditemui tetapi merupakan bentuk “scareware” yang serius, muncul di dalam “system tray” sebagai pemberitahuan. Biasanya memberi tahu bahawa system kamputer anda telah dijangkiti virus dan perlu dibuang dengan segera. Malangnya jenis ini cukup menyakinkan anda.
.
Semoga kongsian ini bermanfaat, Jika ada sebarang pertanyaan boleh Call kami.
KEGUNAAN DISK CLEANUP

Fungsi dari Disk Cleanup adalah berguna untuk membuang file sampah yang tidak berguna, seperti file yang ada di Trash/Tempat sampah (Recycle Bin) dan Cache, tentu mungkin ada yang tidak menyedari kerana file ini tidak ditampilkan di dekstop ataupun folder.
.
Manfaat Menggunakan Disk Cleanup adalah menambahkan sisa memory dengan menghapus file file yang tidak berguna di dalam pc, khususnya di drive C (system) kerana otomatis file cache dan file trash akan dimasukkan ke dalam drive C itu sendiri.
.
Disk cleanup sendiri tidak ditampilkan di dekstop atau folder sehingga banyak yang tidak menyedari. Namun, fungsi disk cleanup adalah menghindari PC/Laptop anda dari virus kerana file sampah yang berkumpul dan tersekat.
.
Jadi disini anda hendaklah “RUN” Disk Cleanup setiap minggu bagi memastikan performance PC/Laptop anda lancar dan tidak mengandungi file file cache yang tidak diingini. Untuk mengetahui bagaimana cara untuk menggunakannya, Hubungi kami supaya kami dapat memberikan servis layanan kami.
PEMILIHAN MOTHERBOARD UNTUK PENGGUNA PC CUSTOM

Motherboard pada dasarnya adalah tulang belakang sistem komputer anda. Ia bukan sahaja memberikan sokongan mekanikal untuk penempatan pelbagai komponen seperti pemproses, memori, kad pengembangan, dan sebagainya, tetapi ia juga menyediakan laluan elektrik supaya komponen ini dapat berkomunikasi. Satu-satunya perbezaan antara papan induk AMD dan Intel ialah mereka hanya menerima jenis pemproses yang sama; papan induk AMD tidak akan berfungsi dengan pemproses Intel dan begitu juga sebaliknya.
.
Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh cara yang berbeza bahawa kedua-dua syarikat melaksanakan ciri dan kebolehan. AMD dan Intel sentiasa bersaing untuk keluar dengan perkara terbaik yang akan datang. Peperangan pemproses ini memastikan bahawa mereka mungkin tidak akan serasi, sekurang-kurangnya tidak pada masa hadapan. Ia bukan hanya pemproses dari syarikat lain yang tidak berfungsi dengan betul. Terdapat juga jenis soket. Papan induk dibina untuk mempunyai jenis soket tertentu. Walaupun pemproses adalah dari AMD, ia tidak akan sesuai dengan papan induk AMD jika ia tidak mempunyai jenis soket yang sama. Sama berlaku untuk Intel.
.
Selain daripada ketidakserasian pemproses, kedua-dua adalah hampir sama dengan komponen lain seperti memori, cakera keras, kad grafik, dan sebagainya. Teknologi komputer telah bergerak pantas ke arah penyeragaman komponen-komponen ini supaya mereka menggunakan slot yang sama. Walaupun komponen lama mungkin tidak dapat digunakan lagi kerana menggunakan slot usang, isu ini tidak lagi menjadi isu dengan motherboard menjadi Intel atau motherboard AMD.
.
Ciri-ciri lain dari papan induk, seperti jumlah RAM yang boleh menampung atau bilangan port SATA yang ada, bergantung pada reka bentuk dan harga syarikat pembuatan yang berbeza. Jelas sekali, anda boleh mengharapkan untuk membayar lebih banyak untuk model dengan lebih banyak slot. Pembuat papan induk tidak membuat motherboard secara eksklusif untuk pemproses tertentu supaya anda tidak boleh bergantung pada jenama untuk memberitahu anda sama ada ia adalah motherboard AMD atau Intel. Lazimnya, ia dinyatakan di dalam kotak papan induk sama ada ia berfungsi dengan pemproses AMD atau Intel. Tetapi cara yang lebih dipercayai adalah dengan mengetahui jenis soketnya. Contohnya, papan induk dengan soket LGA 1156 dan LGA 1366 adalah motherboard Intel manakala motherboard dengan soket AM2 dan AM3 adalah motherboard AMD.
.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjawab persoalan yang berada di fikiran anda. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih mendalam, hubungi kami dengan segera. Terima kasih
TIPS PENJAGAAN LAPTOP ANDA!

5 Tips Penjagaan laptop.
.
1. Kebersihan Laptop.
• Guna dan simpan laptop anda di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
• Pastikan bilik atau ruang kerja anda bersih daripada debu. Jika boleh, bersihkan bilik atau ruang kerja anda dua kali sehari bagi memudahkan pengaliran udara.
• Gunakan laptop di tempat yang rata dan stabil seperti meja. Ini untuk mengelakkan laptop anda terjatuh.
• Elakkan penggunaan laptop di atas tilam, bantal, sofa dan karpet. Sebabnya, ia akan menutup ruang pengaliran udara laptop anda. Jika tertutup, laptop anda akan menjadi terlalu panas (Overheating) akibat daripada haba yang terperangkap di dalamnya. Khusus kepada pelajar Universiti lelaki dan perempuan yang tidak mengambil berat akan hal ini.
• Jauhkan makanan dan minuman. Sisa-sisa makanan dan minuman ini akan menarik perhatian serangga untuk masuk ke dalam laptop anda. Kalau ikut pengalaman saya, serangga seperti semut kerap kali masuk ke dalam laptop untuk membuat sarang.
• Jangan biarkan binatang peliharaan seperti kucing datang berdekatan dengan laptop anda. Bulu-bulu kucing ini mudah disedut oleh kipas laptop anda dan lama-kelamaan ia akan menutup ruang pengaliran udara laptop anda.
• Jauhkan laptop daripada tempat-tempat yang lembab seperti di dapur dan bilik mandi. Ini untuk mengelakkan air tertumpah di atas laptop.
.
2. Papan Kekunci (Keyboard)
• Bersih papan kekunci anda dari habuk terlekat di celahan papan kekunci.
• Gunakan pelindung papan kekunci untuk perlindungan daripada habuk.
• Gunakan berus yang bersih untuk membersihkan papan kekunci laptop anda.
• Musuh utama papan kekunci adalah air. Jangan biarkan air menitis atau tertumpah ke atas papan kekunci laptop anda.
• Sekiranya anda seorang pemain tegar permainan (Games) gunakan papan kekunci USB (External keyboard) untuk menjaga ketahanan papan kekunci laptop anda.
.
3. Bateri (Battery)
• Gunakan penyesuaian pengecasan (AC Adapter) yang didatangkan bersama-sama dengan laptop anda. Elakkan menggunakan penyesuai AC daripada jenama dan model laptop yang lain.
• Simpan bateri anda di tempat yang sejuk dan kering. Suhu yang disyorkan adalah dari 10°C ke 30°C. Suhu yang lebih tinggi akan menyebabkan bateri kehilangan cas dengan lebih pantas.
• Sekiranya anda menggunakan laptop untuk melakukan kerja-kerja berat yang melibatkan grafik dan permainan (suhu melebihi 60°C) bateri perlu dikeluarkan daripada soket laptop untuk mengelakkan pemanasan yang tidak diingini. Suhu yang tinggi memendekkan jangka hayat bateri laptop anda.
• Untuk laptop yang mempunyai bateri yang tidak boleh ditanggalkan (Non-removable battery) anda digalakkan menggunakan Cooling Pad sekiranya anda menggunakan laptop untuk melakukan kerja-kerja grafik dan bermain permainan (games).
• Jika anda tidak menggunakan laptop anda untuk satu jangka masa yang panjang pastikan cas di dalam bateri laptop ditinggalkan sekurang-kurangnya 50%.
• Jangan biarkan cas bateri laptop anda kosong sekiranya anda hendak menyimpan bateri tersebut untuk satu tempoh yang lama. Ini adalah benar dengan bateri laptop yang berasaskan lithium-ion.
.
4. Perisian Asas (Basic Software)
• Gunakan antivirus. Setiap laptop mesti dipasang dengan perisian Antivirus sama ada yang percuma atau berbayar. Ia melindungi laptop anda daripada serangan virus dan perisian yang berniat jahat (malware).
• Salin fail-fail penting secara berkala ke Cakera keras mudah alih (External Hardisk). Jangan terlalu mengharapkan cakera keras laptop anda untuk menyimpan data-data penting. Amalkan untuk menyimpan dua salinan data penting anda seperti Cloud storage
• Jangan memuat turun perisian yang tidak diperlukan. Hanya muat turun perisian yang benar-benar anda gunakan sepenuhnya. Sila imbas perisian dengan menggunakan antivirus sebelum anda memasang perisian yang anda muat turun tadi ke dalam laptop anda.
• Pastikan sistem operasi Windows dan Basic Software anda sentiasa dikemas kini.
• Sila imbas perisian yang dimuat turun daripada Internet sebelum anda memasang perisian tersebut ke dalam laptop anda.
• Membuat Penyusunan data menggunakan (Disk Cleanup and Defragmentation)
.
5. Servis
• Servis kipas laptop anda 1 kali setahun. Untuk anda yang mahir menyelenggara laptop anda akan menjimatkan kos.
• Pastikan juga anda menukar Thermal Paste dan Thermal Pad pada heat sink fan laptop anda.
• Format Windows 7 , Windows 8 and Windows 10 laptop anda 2 tahun sekali.
• Ini untuk membuang semula perisian-perisian lama yang tidak diperlukan. Prestasi laptop anda juga akan kembali pantas seperti baru dibeli.
.
.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua sebagai pengguna. Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan atau untuk memberi informasi tentang dunia digital komputer.
SPEAKER TAK BUNYI? BOLEH CUBA KAEDAH INI

Saat ini, komputer tidak hanya sebagai sarana penunjang pekerjaan, tetapi juga sebagai sarana hiburan. Anda dapat memutar film Netflix, memutar musik, mendengarkan radio, bermain game, streaming video dan lain-sebagainya. Semua hiburan di komputer akan terasa sempurna bila suara yang dihasilkan juga berkualitas. Lalu, bagaimana bila semua hiburan itu tanpa ada suara karena masalah audio?
Biasanya, bila terjadi masalah audio dengan suara tidak ada, perangkat keras (hardware) dianggap sebagai penyebabnya. Bisa jadi, namun tidak selalu juga demikian. Justru, perangkat lunak (software) yang paling sering menjadi penyebab masalah audio seperti update utama Windows 10 dengan banyak fitur baru atau update driver lebih sering menimbulkan konflik dengan driver audio lama.
Sebagaimana masalah lain yang juga sering terjadi pada Microsoft Windows, masalah audio dengan suara tidak ada juga memiliki beberapa cara atau saran perbaikan. Berikut ini adalah beberapa (8) saran perbaikan yang bisa Anda dicoba untuk memperbaiki masalah audio dengan suara tidak ada tersebut:
1. Periksa kabel atau jack audio.
Masalah pada audio dengan suara tidak ada biasanya berasal dari hal tidak terduga seperti kabel atau jack audio. Periksa kabel untuk memastikan bahwa jack audio untuk speaker atau headphone telah dimasukkan ke konektor audio yang tepat. Bila Anda salah ketika memasukkan, maka suara sudah dapat dipastikan tidak akan terdengar.
2. Periksa volume.
Volume adalah hal tidak terduga lain yang menyebabkan masalah audio dengan suara tidak ada atau tidak terdengar. Pastikan volume telah dinyalakan dan level volume telah diatur sampai suara bisa didengar, suara tidak lirih atau pelan. Anda dapat mengatur level volume dengan mengklik kanan ikon Speaker di sistem tray dan kemudian pilih Volume Mixer dari daftar pilihan yang muncul.
3. Atur perangkat audio menjadi default.
Pastikan perangkat audio telah diatur default. Bila speaker atau headphone menggunakan port USB atau HDMI, Anda perlu membuat perangkat tersebut default. Ketik “sound” di kotak pencarian Windows 10 dan kemudian pilih Sound settings. Di area sebelah kanan jendela Settings – System yang muncul, klik Sound Control Panel. Di jendela Sound yang muncul, pilih tab Playback (1), kemudian pilih perangkat audio (2) dan selanjutnya klik tombol Set Default (3).

4. Restart komputer setelah update.
Restart komputer Anda setelah selesai melakukan update. Semua update Windows 10 menginginkan Anda untuk melakukan restart. Bila Anda masih belum melakukan, ini mungkin saja bisa menyebabkan masalah pada audio. Simpan pekerjaan Anda dan tutup semua aplikasi sebelum melakukan restart.
5. Gunakan system restore.
Coba System Restore. Jika Anda mempunyai masalah audio setelah melakukan update, Anda dapat mencoba kembali ke titik pemulihan sistem sebelumnya (previous system restore point). Windows membuat restore point kapanpun menginstal update. Anda bisa menggunakan restore point ini untuk kembali ke keadaan sistem sebelumnya jika update justru memunculkan masalah.
6. Gunakan sound troubleshoot.
Coba fitur built-in Sound troubleshoot dari Windows. Anda dapat mencoba fitur ini untuk mendiagnosa dan memperbaiki masalah umum terkait suara (sound) terutama untuk output seperti speaker atau headphone. Klik tombol Start, pilih System, di area sebelah kiri, pilih Sound (1) dan kemudian klik tombol Troubleshoot (2) yang ada di bagian Output.

7. Lakukan update driver.
Update driver audio. Melakukan update driver audio kemungkinan dapat menyelesaikan masalah terkait suara tidak ada. Ketik “device manager” di kotak pencarian Windows di samping tombol Start dan kemudian tekan tombol Enter. Di jendela Device Manager yang muncul, klik ganda Sound, video and game controllers. Berikutnya, klik ganda sound card, di jendela yang muncul, pilih tab Driver (1) dan kemudian klik tombol Update Driver (2).

Kami akan berikan perbezaan antara storan SSD dan HDD untuk membantu anda memahami jenis dan pilihan yang terbaik.
Sejak akhir-akhir ini, pembeli PC mempunyai sangat banyak pilihan berkenaan dengan storan fail yang terdapat dalam laptop, ultrabook atau desktop mereka. Jika anda membeli ultrabook atau ultraportable, anda mungkin akan memperolehi SSD sebagai pemacu utama ( C: pada Windows, Machintosh HD pada Mac).
Setiap Komputer atau laptop yang keluar daripada kilang mempunyai HDD. Sekarang anda boleh menyelaraskan sistem anda dengan pemasangan storan HDD atau SSD, atau juga boleh dipasang kedua-duanya sekali. Disitu anda dapat mengetahui kelebihan dan kekurang antara satu sama lain.
Saiz dan Berat
Komponen atau bahan yang terdapat pada HDD, seperti platter, head, dll sangat berpengaruh terhadap saiz atau dimensi serta berat dari HDD itu sendiri. Kerana teknologi HDD sangat bergantung pada pusingan cakera, hal ini membuat batasan seberapa kecil HDD dapat dihasilkan. Sedangkan SSD terbebas dari batasan tersebut, sehingga saiz SSD dapat disusutkan seiring dengan perkembangan zaman.
SSD yang tersedia sekarang adalah 2.5 inci, itu bererti SSD ini hanya diperuntukan untuk kegunaan laptop. Seiring dengan semakin kecilnya saiz komputer riba dan semakin banyaknya pengguna PC tablet untuk melayari web, anda akan melihat kemampuan SSD yang dapat menyesuaikan diri dengan mudah dengan saiz laptop / tablet.
Komponen dan Prinsip Kerja
HDD tersusun atas komponen mekanik dan elektronik.
Bahagian mekanikal HDD terdiri daripada piring, motor dan lengan yang bersambung ke piring. Proses penulisan dan pembacaan data dilakukan dengan melalui proses mekanik di mana cakera dimainkan oleh motor dan hujung dari lengan yang dihubungkan kepada komponen elektronik yang mrmproses (baca dan tulis) data, melekat pada cakera yang berputar dan melakukan aktiviti penulisan dan pembacaan data.
Secara umum, proses pengolahan data HDD dilakukan atau berlaku kerana sinergi antara aktiviti mekanikal dan elektrik. SSD dalam memproses data, menulis dan membaca data tidak disokong oleh proses mekanik, dalam SSD tidak ada komponen mekanikal seperti motor dan lengan serta cakera yang berputar.
Pada SSD hanya terdapat komponen elektronik seperti Intergrated Circuit atau IC, micro cip dan komponen elektronik penyokong lain seperti kapasitor. Semua proses pembacaan dan penulisan data dilakukan secara elektrik sama seperti proses yang berlaku pada Flashdisk dan memori RAM.

Kelajuan Baca dan Tulis Data
Pada bahagian inilah SSD menunjukan perbezaan yang sangat ketara. Kelajuan baca tulis SSD bahkan 8 kali lebih cepat berbanding dengan HDD. PC yang dipasang SSD boleh proses booting dalam hitungan detik, pastinya tidak melebihi 1 minit. Sedangkan waktu yang diperlukan HDD lebih lama bergantung kepada tujuan, dan yang pasti tidak lebih cepat bila dibandingkan dengan SSD.
Salah satu faktor penyebabnya adalah SSD tidak menggunakan cakera berputar atau faktor mekanikal sangat menyekat kemampuan elektronik dari HDD.
Kesan yang timbul
HDD menerapkan unsur mekanikal, sehingga menghasilkan kesan sampingan yang buruk antara lain:
a. Panas yang berlebihan
b. Penggunaan kuasa elektrik yang tinggi
c. Pusingan motor dan piringan menimbulkan suara noise yang tinggi
Pada SSD, kerana tidak mempunyai unsur mekanikal maka kesannya adalah:
a. Panas atau suhu SSD tidak setinggi HDD.
b. Penggunaan kuasa elektrik sangat kecil, SDD cukup memerlukan daya kurang dari 1 watt sedangkan HDD memerlukan kuasa yang mencapai lebih dari 10 watt
c. Tidak ada putaran motor dan piringan membuat SDD sama sekali tidak bising.
Fragmentasi
Kerana bentuknya yang berpilin, HDD sangat baik untuk menyimpan fail-fail yang bersaiz besar yang terletak pada blok yang berdekatan. Dan apabila kapasiti HDD mula penuh, fail-fail yang sudah tersimpan berselerak, inilah yang dikenali sebagai fragmentasi.
Kesan dari fragmentasi ialah turunnya prestasi dari HDD itu sendiri. Dalam keadaan ini, untuk memulihkan prestasi dari HDD, biasanya kita melakukan defrag untuk memulihkannya. Sedangkan pada SSD kita tidak perlu pening memikirkan persoalan tentang fragmentasi kerana data disimpan pada cip flash.
SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBANTU ANDA YE, JANGAN SEGAN UNTUK HUBUNGI KAMI JIKA ADA SEBARANG MASALAH KOMPUTER DAN LAPTOP
CHART OF WEB BROWSER

TWC pengarang Lavish Thakar Telah mencipta carta perbandingan ciri ini untuk penyemak imbas ini. Jika anda tidak dapat melihatnya dengan betul, dan ingin melihat imej yang lebih besar, sila klik pada imej.
Ada masa, ketika orang telah mendapat bimbang dengan Internet Explorer dan mereka mulai mencari di tempat lain, dan Firefox tidak lama lagi menjadi pengasih surfer internet. Tetapi gambar itu sepertinya ditetapkan untuk berubah sekarang lagi.
Internet Explorer kembali dalam perhitungan dengan versi ke-9, yang jauh lebih baik berbanding versi terdahulu. Ramai yang telah beralih ke IE9 sekarang. IE9 hari ini, dianggap boleh menjadi salah satu pelayar yang paling selamat dan cepat!
Tetapi ia membawa bagasi dari masa lalu. Nama `Internet Explorer`! Semua masalah yang dikaitkan dengannya tergolong dalam era IE6 dan tidak lagi digunakan untuk IE9. Namun, IE9 membawa bagasi itu. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki Windows Vista akan menjadi penting – kerana ia telah mendapat nama buruk. IE juga mendapat nama buruk selama hari IE6, dan itu telah terperangkap. Ia tidak lagi “di” dilihat menggunakan Internet Explorer, terutama di kalangan yang lebih muda – dan ini adalah salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Microsoft semasa membuat keputusan pada masa hadapan untuk IE.
Chrome juga pantas dan selamat, dan ia telah menunjukkan kadar pertumbuhan dan penggunaan yang tinggi. Ia juga boleh menjatuhkan Firefox sebagai penyemak imbas alternatif yang paling popular di seluruh dunia. Malah, ancaman kepada Internet Explorer hari ini seolah-olah lebih daripada Chrome.
Firefox nampaknya telah jatuh dari buku-buku yang baik ramai, kerana beberapa sebab. Mungkin kerana penggunaan memori yang tinggi …!? Tetapi ia masih memerintah kumpulan pengikut setia yang sangat kuat yang menyukainya untuk apa itu.
Opera masih banyak disukai, oleh sekumpulan pengguna yang terpilih, tetapi sekali lagi pangsa pasarnya menyedihkan pada 5% suram. Penggunanya sangat protektif dan lincah tentang mempertahankannya dan ciri-cirinya – tetapi tidak ada yang dapat memberikan alasan untuk pangsa pasarnya yang rendah; walaupun selepas Skrin Penyemak Imbas diperkenalkan.
Safari untuk Windows, dengan baik, tidak pernah dijangka untuk melakukannya dengan baik, tetapi masih terdapat beberapa orang yang menyukainya. Salah satu daripada kejatuhan untuk memasang penyemak imbas ini, adalah saiznya yang besar. Ia juga dilengkapi dengan bagasi Kemas Kini Apple – yang menjadikan saiz muat turunnya untuk Windows benar-benar besar.
Ini sahaja buat kali ini, semoga bermanfaat ye!